Saturday 31 March 2012

Panggilan Peperiksaan Juruaudit W41 SPA


SPA panggil anda 14 April ini?


Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Juruaudit W41 pada 14 April ini.

Anda boleh buat semakan melalui link ini;

Panduan Peperiksaan Juruaudit W41

Tapikan, setiap tahun ramai je yang tak lulus
exam SPA. Susah katanya, ye lah skopnya sangat
luas dan kadang tu soalan tah hape hape!

Memang exam bertulis ni la tempat SPA nak
singkirkan calon yang ramai. Tapi tgk kat sini
ramai pulak yang lulus entah apa rahsia diaorg.
Email semua cakap lepas, mungkin anda nak tgk
boleh terus gi sini;

Panduan Peperiksaan Juruaudit W41

Sekadar nak berkongsi :)

Kalau nama anda dipanggil dan termasuk dalam
senarai tu, anda mmg kena tgk mcm mana diaorg
lulus..

Sunday 18 March 2012

D.U.I.T = Berjaya

Salam dan selamat sejahtera..

Artikel kali ini berkenaan dengan D.U.I.T = berjaya..
Apa pulak ya kali ini.. hehe..

Formula D.U.I.T saya gunakan apabila untuk semua aspek.. samada ketika belajar, kerja, dan sebagainya..
D.U.I.T   bermaksud  DOA  USAHA , ISTIQAMAH, TAWAKKAL..

1) DOA



Sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja tak kisah lah belajar ke, buat assignment ke, buat kerja sekolah ke, lari 100meter ke.. perlu di mulai dengan DOA..

Sebagai pelajar,  DOA  adalah cukup berguna sebab ianya menjadi peransang untuk terus belajar..

Kita kena ingat.. semua kejayaan, kemenangan datang dari Allah S.W.T, jadi kita kena lah minta agar Allah beri keberkatan, kemenangan, kejayaan dalam setiap kerja yang hendak kita lakukan..

Semasa buat kerja pun sentiasa ber DOA .. jangan putus  DOA  sebab kita hanya hamba.. Tugas hamba adalah meminta.. Meminta dari siapa.. Minta dari Allah sahaja..

Saya akan buat 1 entri khas berkenaan  DOA .. segala berkenaan  DOA  akan saya tulis.. sabar..

2) USAHA


Nak berjaya.. mana boleh goyang kaki geng.. kena lah usaha..
Kalau  DOA  24 jam, USAHA 0 jam.. Mana boleh berjaya..
USAHA mesti seiring dengan  DOA ..
DOA dah terbaik.. bila  USAHA  malas pulak.. tak konsisten.. Jadi tak boleh.. Kena  USAHA ..
Bagaimana nak  USAHA ?..

Kena fokus dalam kelas, buat nota, tanya cikgu/kawan kalau tak faham, buat study group dan sebagainya..
Asalkan  USAHA  untuk dapatkan sesuatu..

USAHA jangan hanya separuh jalan.. kalau rasa diri stress/tertekan.. rehat dulu.. Ambil tenaga balik dan teruskan berusaha..

OK?.. Terbaik..

3) ISTIQAMAH 


ISTIQAMAH bermaksud buat sesuatu secara berterusan..
Kalau  DOA .. jangan hanya mula-mula.. kena sentiasa buat
Kalau  USAHA .. jangan hanya mula-mula.. kena sentiasa buat..

walaupun perlahan-lahan.. takpe.. janji berterusan..
ramai yang tanya saya..
"Cikgu.. sy tak faham yang itu.. laju sangat"
saya jawab
"Tak payah laju-laju belajar.. buat perlahan-lahan.. fahamkan yang mudah, beralih ke sederhana dan akhiri dengan yang susah.. Perlahan-lahan  USAHA /Belajar asalkan ISTIQAMAH "

Ingat ya.. Buat Biar Beterusan.. InsyaAllah kekal..

4) TAWAKKAL


TAWAKKAL bermaksud berserah seluruhnya pada Allah S.W.T..
Selepas melalui proses belajar, kita akan diuji dengan peperiksaan/ EXAM...
InsyaAllah dengan
berkat  DOA  diawal, dipertengahan dan diakhir belajar, berkat  USAHA  yang jitu dan  ISTIQAMAH ..
InsyaAllah kita akan boleh menjawab segala permasalahan dalam EXAM dengan baik..

Jadi segalanya kita berserah pada Allah S.W.T..

Jangan tinggal  DOA  ya..

Gunakanlah formula  D.U.I.T   dalam setiap aspek kehidupan anda..

Selamat berjaya.. 

GRACIAS

Thursday 1 March 2012

Ilmu vs Maksiat

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Untuk entry kedua, saya akan beritahu berkenaan bagaimana nak cepat hafal, cepat faham, cepat kuasai setiap ilmu..

Bagaimana? jeng jeng jeng.. hehe


Ok..
Kisah ini berlaku kepada Imam Syafie, imam mazhab Syafie yang merupakan pegangan majoriti umat Islam di Malaysia..

Apa kaitan cerita Imam Syafie dengan entry?..

Sabar..

Baiklah.. Imam Syafie merupakan seorang yang cukup kuat untuk belajar, mencari ilmu..
Tapi pada suatu ketika, beliau bertanyakan kepada gurunya bernama Waki',

"Waki', bagaimana untuk saya menguasai sesuatu ilmu dan ianya kekal??"..

Gurunya menjawab, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya, Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’ 


Jadi selepas mendengar nasihat Waki'nya, Imam Syafie terus nekad tinggalkan segala jenis maksiat..

Apa yang terjadi pada Imam Syafie?.. cecite cecite..

Imam Syafie mendapat kehebatan dalam mendapatkan ilmu seperti:
1- Jika membuka buku untuk baca, terpaksa menutup 1 lagi helaian kerana jika tak tutup kedua-dua halaman akan masuk serentak.. Berdesup..


2- Dengan izin Allah SWT, beliau belajar hanya dengan mendengar sahaja di kuliah-kuliah tidak mencatit kerana ianya terus melekat di dalam minda beliau..

Hebatkan Imam Syafie.. Tinggal maksiat dapat ilmu.. fuhh..

Jadi...
Nak dapat ilmu kena tinggalkan maksiat..
Kalau terbuat atau sengaja buat, kena terus cepat-cepat bertaubat risau kalau ilmu akan terhakis oleh dosa maksiat..

Semoga ianya dapat dimanfaatkan.. 

~ Ilmu adalah cahaya, Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat~



Monday 20 February 2012

Dimulakan dengan Niat

Assalamualaikum wbt..
Pertama sekali saya memulakan entri blog ini dengan nukilan suatu perkongsian pengalaman diri..
Perkongsian akan bertumpu kepada
1- Tips belajar
2- Tips mencari kerjaya
3- Perkongsian hidup seorang pengembara ilmu..

Nampak serius kan?.. hehe.. InsyaAllah setiap amal anak adam akan dicatat walau sebesar biji sawi..
Jangan lupa untuk berniat ya.

Sepertimana Hadis pertama dalam Hadis 40 Imam An Nabawi


Daripada ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia kehendakinya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu menikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. "


Semoga dengan nukilan saya dalam blog ini akan mampu membantu sesiapa yang memerlukan..


Setiap perkongsian ini adalah daripada kisah pengalaman hidup seorang cikgu kepada seorang cikgu..




Sayalah 


~ Cikgu Nabil~