Sunday 18 March 2012

D.U.I.T = Berjaya

Salam dan selamat sejahtera..

Artikel kali ini berkenaan dengan D.U.I.T = berjaya..
Apa pulak ya kali ini.. hehe..

Formula D.U.I.T saya gunakan apabila untuk semua aspek.. samada ketika belajar, kerja, dan sebagainya..
D.U.I.T   bermaksud  DOA  USAHA , ISTIQAMAH, TAWAKKAL..

1) DOA



Sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu kerja tak kisah lah belajar ke, buat assignment ke, buat kerja sekolah ke, lari 100meter ke.. perlu di mulai dengan DOA..

Sebagai pelajar,  DOA  adalah cukup berguna sebab ianya menjadi peransang untuk terus belajar..

Kita kena ingat.. semua kejayaan, kemenangan datang dari Allah S.W.T, jadi kita kena lah minta agar Allah beri keberkatan, kemenangan, kejayaan dalam setiap kerja yang hendak kita lakukan..

Semasa buat kerja pun sentiasa ber DOA .. jangan putus  DOA  sebab kita hanya hamba.. Tugas hamba adalah meminta.. Meminta dari siapa.. Minta dari Allah sahaja..

Saya akan buat 1 entri khas berkenaan  DOA .. segala berkenaan  DOA  akan saya tulis.. sabar..

2) USAHA


Nak berjaya.. mana boleh goyang kaki geng.. kena lah usaha..
Kalau  DOA  24 jam, USAHA 0 jam.. Mana boleh berjaya..
USAHA mesti seiring dengan  DOA ..
DOA dah terbaik.. bila  USAHA  malas pulak.. tak konsisten.. Jadi tak boleh.. Kena  USAHA ..
Bagaimana nak  USAHA ?..

Kena fokus dalam kelas, buat nota, tanya cikgu/kawan kalau tak faham, buat study group dan sebagainya..
Asalkan  USAHA  untuk dapatkan sesuatu..

USAHA jangan hanya separuh jalan.. kalau rasa diri stress/tertekan.. rehat dulu.. Ambil tenaga balik dan teruskan berusaha..

OK?.. Terbaik..

3) ISTIQAMAH 


ISTIQAMAH bermaksud buat sesuatu secara berterusan..
Kalau  DOA .. jangan hanya mula-mula.. kena sentiasa buat
Kalau  USAHA .. jangan hanya mula-mula.. kena sentiasa buat..

walaupun perlahan-lahan.. takpe.. janji berterusan..
ramai yang tanya saya..
"Cikgu.. sy tak faham yang itu.. laju sangat"
saya jawab
"Tak payah laju-laju belajar.. buat perlahan-lahan.. fahamkan yang mudah, beralih ke sederhana dan akhiri dengan yang susah.. Perlahan-lahan  USAHA /Belajar asalkan ISTIQAMAH "

Ingat ya.. Buat Biar Beterusan.. InsyaAllah kekal..

4) TAWAKKAL


TAWAKKAL bermaksud berserah seluruhnya pada Allah S.W.T..
Selepas melalui proses belajar, kita akan diuji dengan peperiksaan/ EXAM...
InsyaAllah dengan
berkat  DOA  diawal, dipertengahan dan diakhir belajar, berkat  USAHA  yang jitu dan  ISTIQAMAH ..
InsyaAllah kita akan boleh menjawab segala permasalahan dalam EXAM dengan baik..

Jadi segalanya kita berserah pada Allah S.W.T..

Jangan tinggal  DOA  ya..

Gunakanlah formula  D.U.I.T   dalam setiap aspek kehidupan anda..

Selamat berjaya.. 

GRACIAS

No comments:

Post a Comment