Thursday 1 March 2012

Ilmu vs Maksiat

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Untuk entry kedua, saya akan beritahu berkenaan bagaimana nak cepat hafal, cepat faham, cepat kuasai setiap ilmu..

Bagaimana? jeng jeng jeng.. hehe


Ok..
Kisah ini berlaku kepada Imam Syafie, imam mazhab Syafie yang merupakan pegangan majoriti umat Islam di Malaysia..

Apa kaitan cerita Imam Syafie dengan entry?..

Sabar..

Baiklah.. Imam Syafie merupakan seorang yang cukup kuat untuk belajar, mencari ilmu..
Tapi pada suatu ketika, beliau bertanyakan kepada gurunya bernama Waki',

"Waki', bagaimana untuk saya menguasai sesuatu ilmu dan ianya kekal??"..

Gurunya menjawab, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya, Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’ 


Jadi selepas mendengar nasihat Waki'nya, Imam Syafie terus nekad tinggalkan segala jenis maksiat..

Apa yang terjadi pada Imam Syafie?.. cecite cecite..

Imam Syafie mendapat kehebatan dalam mendapatkan ilmu seperti:
1- Jika membuka buku untuk baca, terpaksa menutup 1 lagi helaian kerana jika tak tutup kedua-dua halaman akan masuk serentak.. Berdesup..


2- Dengan izin Allah SWT, beliau belajar hanya dengan mendengar sahaja di kuliah-kuliah tidak mencatit kerana ianya terus melekat di dalam minda beliau..

Hebatkan Imam Syafie.. Tinggal maksiat dapat ilmu.. fuhh..

Jadi...
Nak dapat ilmu kena tinggalkan maksiat..
Kalau terbuat atau sengaja buat, kena terus cepat-cepat bertaubat risau kalau ilmu akan terhakis oleh dosa maksiat..

Semoga ianya dapat dimanfaatkan.. 

~ Ilmu adalah cahaya, Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat~



No comments:

Post a Comment